The sound of my heart

and I express it all here in my humble abode.





WORDLESS WEDNESDAY #1
 
Wednesday, 12 February 2014 


Andai Masanya Belum Tiba
 
Friday, 6 December 2013 



Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.

Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.

Ya Allah,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.

Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak diri
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.

Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.

Aamiin~

By the way , puisi ni Eyka copy dari blog seseorang .. Eyka suka dengan puisi ni kerana ada sebab2 tertentu . Ramai kawan2 Eyka tanya ....

Kenapa ko tak nak couple?

Kadang2 Eyka biarkan je soalan tu tanpa jawapan .. kadang2 terfikir jgk, perlu ke Eyka jawab soalan tu ?? Ada jugak rasa cemburu bila tengok kawan2 Eyka couple , ada jugak  rasa teringin nak couple .. tapi , bila tengok kawan2 menangis sebab bergaduh dengan pakwe diaorang ..tiba2 rasa fobia dan  SANGGUP ke Eyka nak menangis hari2 hanya disebabkan seorang lelaki yang belum tentu dia tu jodoh kita . Tipu la kalau Eyka x sukakan seseorang . of coz la ada kan ?? Hurmmm~ tapi bila ada yang minta couple .. memang pada mulanya rasa seronok , tapi lama2 Eyka rasa diri ni macam tak happy .. tak tahu la apa sebabnya ? Eyka minta clash .. terasa bersalah jugak buat dia macam tu , tapi apakan daya .. Eyka lebih suka single dan lagipun Eyka takut kalau Eyka terima dia , Eyka sekadar melayan dia je tanpa ada apa2 perasaan . So , that's why Eyka rasa better Eyka tak perlukan ia buat masa ni . 

Okayyy .. Bye ! Assalamualaikum .




Copyright ©.Layout by:Evangelista. All right reserved 2011-infinity.