The sound of my heart

and I express it all here in my humble abode.





Mati Kerana Ketawa
 
Tuesday, 9 September 2014 

Betul ke ketawa yang berlebihan boleh menyebabkan kematian ? Hmm~ percaya atau tidak , beberapa orang telah menemui ajalnya kerana ketawa yang berlebihan.


1. ALEX MITCHELL: berasal dari King Lynn, England telah menemui ajal pada 24 Mac 1975 kerana dipercayai ketawa ketika menonton rancangan komedi bertajuk "THE GOODIES". Lebih kurang 25 minit ketawa , Alex berhenti ketawa dan kemudiannya terjatuh dari sofa dan terkena serangan jantung .

2. KING MARTIN OF ARAGON: merupakan anak kedua kepada King Peter IV of Arogan dan Eleanor of Sicily . Dia disahkan mati kerana dipercayai mengalami senak akibat tidak dapat mengawal ketawanya .

3. CHRISYPPUS: seorang ahli falsafah , mati kerana tertawa di saat melihat seekor keldai sedang makan buah ara . Dia memberitahu pembantunya untuk memberikan keldai tersebut arak iaitu "wine" pula supaya buah ara itu dapat dikeluarkan dan sedang terlalu asyik ketawakan keldai tersebut , dia akhirnya mati.

4. THOMAS URQUHART: merupakan golongan bangsawan Scotland serta penterjemah pertama tulisan François Rabelais  ke dalam bahasa Inggeris . Dia dipercayai telah mati kerana ketawa sejurus mendengar Charles II (Raja di England , Scotland , dan Ireland) telah mengambil takhta .

5. PIETRO ARETINO: penulis dan penyair dari Itali ini dikatakan telah mati kerana lemas akibat ketawa terlalu banyak.


*copypasta ^_^


Copyright ©.Layout by:Evangelista. All right reserved 2011-infinity.