The sound of my heart

and I express it all here in my humble abode.





FAMiLY DAY with TEPENG CLAN
 
Monday, 15 September 2014 

Assalamualaikum ..

Hari ni Eyka nak share moments yang berlaku semasa Family Day
. So biar gambar yang berbicara .
p/s: gambar tidak mengikut urutan .

geram ok bila tengok nama sendiri .. Atikah selalu di eja Atiqah ..
even sama sebutan .. tapi tetap x suka >_<


adik kaca mata @ mat stylo-Mikai
dulu masa kecil banyak cakap .. sekarang ni pun sama juga.

dari kanan: Nashran, Mia, Ashman, Marissa(baju putih), Izzati


ni waktu game isi air dalam botol.

Misha- seorang yang sangat friendly.

cari gula-gula dalam tepung


Qalif main upih kelapa. 

the King of  Main Ngelat. hahaha :D
Budak lagi .. so dimaafkan .

dari kanan: Izhan. Misha. Izyani n Nurin


semua tengah fokus tengok game galah panjang .

Main Konda Kondi ..
Happy je muka Pakcik Zaidi main. hehe 

muka kepenatan .. mungkin ?

Game masuk air dalam botol versi bawa dengan tangan pulak ..
berapa kali duk ulang balik sebab ade yang tak puas hati dengan satu group yang ramai tangan2 lelaki .. berbanding dengan group yang tak ada langsung lelaki . 

sedangkan main Konda Kondi pun hentam kromo je .. 


galah panjang
pakcik makcik vs anak2 sdare


game tuju tin

game belon pecah

sebelah Eyka tu namanya Izni .. pangkat kakak kepada Eyka ..
Love you Kak Izni .

apa lagi jom selfie ramai2 

i'm like a mannequin doll in the picture . Terkejut sebenarnya bila Mak Ndak pegang lengan .

bila nak buat lagi ?? 


yang ni wajib ada ..

barisan hadapan dari kiri: Mia, Qalif, Nurin, Ashman, Misha, Marissa, Nashran, Izhan, Izyani, Izzati.
barisan tengah dari kiri: Mak Teh, Pak Teh, Pak Ngah, Mak Ngah, My Mom, Achik, Mak Su, Kakyong.
barisan belakang dari kiri: Kak Amy, Abg Faez, Abg Mir, Kak Dilah, Mak Jang, Pakcik Mi, Kak Ina, Mak Ndak, Mikai, Abg Nik, Kak Yati, Cik Ani, Abg Sharil, Cik Mai, Angah, Pakcik Zaidi,Aku, Pak Su, Kakak.
Tiada dalam gambar: Abg Syafiq






Sebenarnya.. kebanyakkan game yang diadakan .. banyak kali diulang semula .. semuanya terjadi bila ada yang main ngelat .. haha . semuanya gara2 budak kecik yang bernama Ashman, tapi normal la kan kalau budak2 main ngelat . Kalau x ada ngelat2 ni .. x best la kan ? Sebenarnya, benda macam tu kena ada .. sebab benda2 macam tu la yang memeriahkan suasana .. Gelak ketawa, Yang tu sangat penting :) Disebabkan tu jugak, the whole family sepakat, game2 ni semua diubah menjadi game suka2, ermm senang cakap.. tak ada peraturan bermain, so ikut dan masing2 nak main macam mana, asalkan semua kat situ happy. Dan lagi satu .. Eyka ada je join  main game2 ni semua tapi .. game yang paling Eyka nak jauhkan diri adalah galah panjang . Eyka memang tak faham dengan game ni dan tak berapa suka main pun .. haha . Tapi itulah , macam mana Eyka jauhkan diri senyap2 masa mak2 sedare tengah panggil kakak2 Eyka main .. Eyka tetap kena tarik masuk dan kena letak pulak dalam kumpulan dengan ayah sedare yang Eyka x biasa sembang pun .. so segan semacam la masa tu . Bila main galah panjang campur dengan pakcik makcik yang di zaman bukan 90-an dan 80-an .. terjadilah kekeliruan waktu main .. ye la , fahaman pakcik makcik pasal game ni lain, fahaman yang kami2 yang berada di zaman 80-an dan 90-an ni pun lain . So game ni pun kena ulang main balik sebab x faham punya  hal. Untuk kali kedua main pun macam tu jugak, still ada2 orang yang tak faham .. so dengan senang Kak Dilah dan Kak Ina pun cakap .. main la yang macam mana korang semua faham .. hentam pun hentam la . Yang penting happy. 

So, kesudahan game yang ada waktu tu semua, kami semua main atas dasar happy2 . Actually, Eyka dengan family belah ayah ni , Eyka kurang rapat, tak tahu la atas sebab apa . Ada dua orang je mak sedare yang Eyka betul2 rapat, tu pun Mak Ndak n Achik . Family belah ayah ni kebanyakkan memang educational person, ramai yang kerja besar2 dan berada . Tapi even diorang berada n sangat pandai, diorang tak pernah pandang rendah dekat anak2 sedare diorang yang x berapa nak ok dalam pelajaran lagi diorang bagi semangat ada la . Eyka kalau diorang tanya result pasal result UPSR, PMR n SPM dulu, punyalah berat hati nak cakap, mulalah senyum pun macam kerang busuk .. mana tidaknya .. takut dengan reaksi yang diorang akan bagi dekat Eyka . Alhamdulillah, diorang sikit pun x pernah nak mempertikaikan apa yang Eyka perolehi waktu tu . Sekarang ni bila Eyka bagitahu yang Eyka sambung Kolej Komuniti ambil corse Pastry.. lagilah tak sangka dengan reaksi mak2 sedare beri pada Eyka .. Diorang lagi sokong ada la .. ada yang cakap .. "lepas ni boleh share2 resepi dengan Cik Ani" , "ok  la tu sambung amik corse tu,lagipun corse tu yang orang ramai duk berebut nak buat" , " baguslah tu Tikah,belajar betul2, sekarang ni orang cari kemahiran je, orang tak tanya kamu punya result dan pencapaian akademik kamu .. kemahiran tu penting. Teruskan". Ya Allah, waktu tu rasa bersyukur sangat dikurniakan mak2 n ayah2 sedare yang sangat sporting, sangat memahami dan yang sentiasa beri kata semangat. (psttt!! mak2 dan ayah2 sedare belah mak pun ade je yang memahami diri ni, jasa diorang pun banyak tak terhingga). So~~~ kepada mak2 dan ayah sedare kedua2 belah pihak . I LOVE YOU SO MUCH~!! (sama banyak sayangnya Eyka dekat mak ayah Eyka )THANKS 4 EVERYTHING


Okayy.. till meet again ..














Copyright ©.Layout by:Evangelista. All right reserved 2011-infinity.