FAMiLY DAY with TEPENG CLAN
Monday, 15 September 2014 
Assalamualaikum ..
Hari ni Eyka nak share moments yang berlaku semasa Family Day
. So biar gambar yang berbicara .
p/s: gambar tidak mengikut urutan .
 |
geram ok bila tengok nama sendiri .. Atikah selalu di eja Atiqah ..
even sama sebutan .. tapi tetap x suka >_< |
 |
adik kaca mata @ mat stylo-Mikai
dulu masa kecil banyak cakap .. sekarang ni pun sama juga. |
 |
| dari kanan: Nashran, Mia, Ashman, Marissa(baju putih), Izzati |
 |
| ni waktu game isi air dalam botol. |
 |
| Misha- seorang yang sangat friendly. |
 |
| cari gula-gula dalam tepung |
 |
| Qalif main upih kelapa. |
 |
the King of Main Ngelat. hahaha :D
Budak lagi .. so dimaafkan . |
 |
| dari kanan: Izhan. Misha. Izyani n Nurin |
 |
| semua tengah fokus tengok game galah panjang . |
 |
Main Konda Kondi ..
Happy je muka Pakcik Zaidi main. hehe |
 |
| muka kepenatan .. mungkin ? |
 |
Game masuk air dalam botol versi bawa dengan tangan pulak ..
berapa kali duk ulang balik sebab ade yang tak puas hati dengan satu group yang ramai tangan2 lelaki .. berbanding dengan group yang tak ada langsung lelaki . |
 |
| sedangkan main Konda Kondi pun hentam kromo je .. |
 |
galah panjang
pakcik makcik vs anak2 sdare |
 |
| game tuju tin |
 |
| game belon pecah |
 |
sebelah Eyka tu namanya Izni .. pangkat kakak kepada Eyka ..
Love you Kak Izni . |
 |
| apa lagi jom selfie ramai2 |
 |
| i'm like a mannequin doll in the picture . Terkejut sebenarnya bila Mak Ndak pegang lengan . |
 |
| bila nak buat lagi ?? |
 |
yang ni wajib ada ..
barisan hadapan dari kiri: Mia, Qalif, Nurin, Ashman, Misha, Marissa, Nashran, Izhan, Izyani, Izzati.
barisan tengah dari kiri: Mak Teh, Pak Teh, Pak Ngah, Mak Ngah, My Mom, Achik, Mak Su, Kakyong.
barisan belakang dari kiri: Kak Amy, Abg Faez, Abg Mir, Kak Dilah, Mak Jang, Pakcik Mi, Kak Ina, Mak Ndak, Mikai, Abg Nik, Kak Yati, Cik Ani, Abg Sharil, Cik Mai, Angah, Pakcik Zaidi,Aku, Pak Su, Kakak.
Tiada dalam gambar: Abg Syafiq |
Sebenarnya.. kebanyakkan game yang diadakan .. banyak kali diulang semula .. semuanya terjadi bila ada yang main ngelat .. haha . semuanya gara2 budak kecik yang bernama Ashman, tapi normal la kan kalau budak2 main ngelat . Kalau x ada ngelat2 ni .. x best la kan ? Sebenarnya, benda macam tu kena ada .. sebab benda2 macam tu la yang memeriahkan suasana .. Gelak ketawa, Yang tu sangat penting :) Disebabkan tu jugak, the whole family sepakat, game2 ni semua diubah menjadi game suka2, ermm senang cakap.. tak ada peraturan bermain, so ikut dan masing2 nak main macam mana, asalkan semua kat situ happy. Dan lagi satu .. Eyka ada je join main game2 ni semua tapi .. game yang paling Eyka nak jauhkan diri adalah galah panjang . Eyka memang tak faham dengan game ni dan tak berapa suka main pun .. haha . Tapi itulah , macam mana Eyka jauhkan diri senyap2 masa mak2 sedare tengah panggil kakak2 Eyka main .. Eyka tetap kena tarik masuk dan kena letak pulak dalam kumpulan dengan ayah sedare yang Eyka x biasa sembang pun .. so segan semacam la masa tu . Bila main galah panjang campur dengan pakcik makcik yang di zaman bukan 90-an dan 80-an .. terjadilah kekeliruan waktu main .. ye la , fahaman pakcik makcik pasal game ni lain, fahaman yang kami2 yang berada di zaman 80-an dan 90-an ni pun lain . So game ni pun kena ulang main balik sebab x faham punya hal. Untuk kali kedua main pun macam tu jugak, still ada2 orang yang tak faham .. so dengan senang Kak Dilah dan Kak Ina pun cakap .. main la yang macam mana korang semua faham .. hentam pun hentam la . Yang penting happy.
So, kesudahan game yang ada waktu tu semua, kami semua main atas dasar happy2 . Actually, Eyka dengan family belah ayah ni , Eyka kurang rapat, tak tahu la atas sebab apa . Ada dua orang je mak sedare yang Eyka betul2 rapat, tu pun Mak Ndak n Achik . Family belah ayah ni kebanyakkan memang educational person, ramai yang kerja besar2 dan berada . Tapi even diorang berada n sangat pandai, diorang tak pernah pandang rendah dekat anak2 sedare diorang yang x berapa nak ok dalam pelajaran lagi diorang bagi semangat ada la . Eyka kalau diorang tanya result pasal result UPSR, PMR n SPM dulu, punyalah berat hati nak cakap, mulalah senyum pun macam kerang busuk .. mana tidaknya .. takut dengan reaksi yang diorang akan bagi dekat Eyka . Alhamdulillah, diorang sikit pun x pernah nak mempertikaikan apa yang Eyka perolehi waktu tu . Sekarang ni bila Eyka bagitahu yang Eyka sambung Kolej Komuniti ambil corse Pastry.. lagilah tak sangka dengan reaksi mak2 sedare beri pada Eyka .. Diorang lagi sokong ada la .. ada yang cakap .. "lepas ni boleh share2 resepi dengan Cik Ani" , "ok la tu sambung amik corse tu,lagipun corse tu yang orang ramai duk berebut nak buat" , " baguslah tu Tikah,belajar betul2, sekarang ni orang cari kemahiran je, orang tak tanya kamu punya result dan pencapaian akademik kamu .. kemahiran tu penting. Teruskan". Ya Allah, waktu tu rasa bersyukur sangat dikurniakan mak2 n ayah2 sedare yang sangat sporting, sangat memahami dan yang sentiasa beri kata semangat. (psttt!! mak2 dan ayah2 sedare belah mak pun ade je yang memahami diri ni, jasa diorang pun banyak tak terhingga). So~~~ kepada mak2 dan ayah sedare kedua2 belah pihak . I LOVE YOU SO MUCH~!!

(sama banyak sayangnya Eyka dekat mak ayah Eyka

)THANKS 4 EVERYTHING

Okayy.. till meet again ..
PROMOTE: iEsta Chocolatier
Wednesday, 10 September 2014 
Assalamualaikum ...
Hari ni Eyka nak promote produk yang kakak Eyka jual iaitu iEsta Chocolatier yang dulunya dikenali sebagai Coklat Imtiyaz Gold . Tak salahkan barang baik kita support .
.jpg)
APA ITU iESTA CHOCOLATIER ?
iEsta
ialah supplement, bukan ubat. Konsep supplement seperti makan sayur. Jika ambil
sayur seperti carrot hari-hari, inshaAllah mata akan sentiasa sihat, susah nak
rabun. Sebaliknya jika jarang-jarang/berhenti makan carrot, mata akan mudah
jadi rabun. Sama juga dengan supplement iEsta. Apa yang beza ialah ‘sayur’
dalam iEsta diuji berkesan untuk otak jadi sihat, emosi sihat, sikap jadi
positif dengan cara JIMAT, MUDAH dan SANGATTTTT SEDAPPPP :)
APA KHASIAT iESTA DAN KELEBIHANNYA ?
Khasiat nya dilihat dari isi kandungan coklat.
Itu yg membuatkan coklat ini special dari coklat yang lain. Isi kandungan iEsta
ialah Susu terbaik paling hampir dengan susu ibu (susu kuda) + coklat lazat
kualiti tinggi (sangat sedappppp) + pegaga (makanan wajib untuk emosi dan otak,
menenangkan fikiran, tak stress, brain tonic) + soya (makanan baik untuk kesihatan
umum badan) + kismis (baik utk mudah faham & hafal ilmu) + oat
(mengenyangkan & penuh serat) + madu (akal jadi kuat, cerdas & pintar). Kelebihan Iesta adalah dapat kembalikan mood anak2 untuk belajar .
BERAPA LAMA BOLEH NAMPAK KESAN ?
Seawal 2 hari, ikut
individu. Ada yang seawal 4 biji pertama dah rasa beza boleh menghafal mudah.
Ada yang perlukan lebih masa. Biasanya paling lewat dalam 3 ke 5 minggu nampak
kesan ketara .
║10 Perubahan seawal 3 hari yang biasa berlaku SELEPAS cuba iEsta║

1. Mudah bangun tidur. Jika biasa kena marah baru bangun, sekarang boleh bangun tanpa dimarah.2. Anak hyperaktif jadi kurang hyper. Jadi tenang. Tak cepat melenting.3. Anak terlalu pendiam jadi aktif bercakap. Keyakinan diri bertambah.
4. Anak yg biasa cepat bosan pegang buku, sekarang boleh membaca lama sampai ibu penat menunggu
5. Anak yg biasa tak minat bertanya atau bercakap tentang apa yg dipelajari, tiba2x minat bercakap tanpa disuruh
6. Anak boleh bersabar memahami ilmu sukar, padahal sebelum ini baru susah sikit dah "fed up" dan "give up"
7. Anak yang biasanya lebih excited BERMAIN jadi LEBIH EXCITED BELAJAR SESUATU PERKARA BARU
8. Anak yg pemarah suka berkelahi dengan adik beradik lain jadi kurang pemarah.
9. Boleh hafal sesuatu perkara dilihat walaupun tak ada niat menghafal.
10. Perubahan ini semua dari segi EMOSI. EMOSI mempengaruhi tindakan.Tindakan mempengaruhi SIKAP. SIKAP mempengaruhi mudah/senang belajar. Yang akhirnya mempengaruhi keputusan peperiksaan TANPA DISEDARI..!

Di bawah ni , Eyka sertakan testimoni yang telah membuktikan keberkesanan produk iEsta ni .. buktinya anak2 yang dahulunya malas nak bangun pagi dan malas nak buat kerja sekolah setelah makan iEsta ni , sekarang menjadi rajin yang tak disangka2 ..



Kita usaha bagi makanan TERBAIK, selebihnya kita berserah padaNya. Doa, usaha, Istiqomah dan Tawakkal.. Tak ada yang mustahil.
p/s: iEsta bukan semata-mata nak anak jadi pandai, mudah belajar, TAPi iEsta fokus nak EMPOWER (memperkasakan) EMOSI. Kerana pandai macam mana pun seseorang itu, jika emosi tak sihat (seperti mudah marah, moody, mudah sedih), maka bagaimana kepandaian nak terserlah? EMOSI mempengaruhi SIKAP. SIKAP mempengaruhi kejayan. Faham ke faham?
Andai kata berminat ... boleh whatsapp ke 0125376878 @ layari facebook page ini untuk maklumat lanjut: Murni Health Expert
Sekian :)Labels: promote
Mati Kerana Ketawa
Tuesday, 9 September 2014 
Betul ke ketawa yang berlebihan boleh menyebabkan kematian ? Hmm~ percaya atau tidak , beberapa orang telah menemui ajalnya kerana ketawa yang berlebihan.
1. ALEX MITCHELL: berasal dari King Lynn, England telah menemui ajal pada 24 Mac 1975 kerana dipercayai ketawa ketika menonton rancangan komedi bertajuk "THE GOODIES". Lebih kurang 25 minit ketawa , Alex berhenti ketawa dan kemudiannya terjatuh dari sofa dan terkena serangan jantung .
2. KING MARTIN OF ARAGON: merupakan anak kedua kepada King Peter IV of Arogan dan Eleanor of Sicily . Dia disahkan mati kerana dipercayai mengalami senak akibat tidak dapat mengawal ketawanya .
3. CHRISYPPUS: seorang ahli falsafah , mati kerana tertawa di saat melihat seekor keldai sedang makan buah ara . Dia memberitahu pembantunya untuk memberikan keldai tersebut arak iaitu "wine" pula supaya buah ara itu dapat dikeluarkan dan sedang terlalu asyik ketawakan keldai tersebut , dia akhirnya mati.
4. THOMAS URQUHART: merupakan golongan bangsawan Scotland serta penterjemah pertama tulisan François Rabelais ke dalam bahasa Inggeris . Dia dipercayai telah mati kerana ketawa sejurus mendengar Charles II (Raja di England , Scotland , dan Ireland) telah mengambil takhta .
5. PIETRO ARETINO: penulis dan penyair dari Itali ini dikatakan telah mati kerana lemas akibat ketawa terlalu banyak.
*copypasta ^_^
I'M BACK !
Assalamualaikum ... Eyka is back !! (err~ betul ke ayat BI aku ni ? ok .. abaikan). Ermm~ dah lama juga ye Eyka tinggalkan blog Eyka tanpa apa2 cerita terbaru . Nak kata Eyka tak ada apa2 cerita terbaru tu tak juga. Ada je cerita terbaru tapi macam tak baerapa sesuai pula kalau kongsi dekat sini kan ? sebab kebanyakannya berkaitan luahan perasaan je . Ok , memandangkan Eyka dah kembali .. Eyka akan publish 2-3 entry yang dah lama tertangguh. So~ nantikan ! Huhu >_< Ohh ye .. by the way minggu ni family belah ayah Eyka ada buat FAMILY DAY .. Tak sabar pulak rasanya nak join . Hmm ... InsyaAllah , kalau tak ada apa2 halangan Eyka akan update pasal Family Day tu nanti .. untuk gambar2 pula akan Eyka cuba minta pada abang ipar Eyka nanti .. Ok , Bye~~
WORDLESS WEDNESDAY #2
Tuesday, 11 March 2014 
AND ....
HAPPY BIRTHDAY TO NOR FAZLINA AKA LIN JE~
20 TAHUN SUDAHH :)
KOREAN MOVIE REVIEW: A Werewolf Boy
Wednesday, 26 February 2014 
Love was the first human language he'd ever learned
Assalamualaikum ...
Kali ni Eyka nak cerita pasal movie Korea , tajuknya A Werewolf Boy . Dalam 3 minggu lepas Eyka tengok siaran ulangan movie ni dekat Astro Citra .. dah Song Joong Ki dan Park Bo Young yang berlakon memang best la kalau layan cerita ni dan sampai pukul 3 pagi Eyka berjaga hanya semata2 nak tengok ulangan movie ni (nasib la ayah tak terjaga waktu Eyka tengok movie ni, kalau tak memang kena marah ). So , biar sinopsis yang menceritakan segalanya nanti baru Eyka review .. hehe .
SINOPSIS
Kim Suni, an elderly woman in her sixties living in the US, receives a phone call about the sale of her old family home back in South Korea. Returning to her homeland, she's met by granddaughter Eun-joo, and they drive to the house in the country and stay the night. Suni recalls how 47 years ago when she was a teenage girl in 1965, she moved from Seoul along with her widowed mother and sister Sun-ja to a remote valley to undergo a period of convalescence after suffering problems with her lungs. The Kims lived in genteel poverty at the mercy of their arrogant and foppish landlord, Ji-tae, son of the business partner of Suni's late father. Because of her delicate health, the beautiful yet introverted Suni lives an isolated life in the country home, without any friends her age.
One night, Suni glimpses a shadow in the outhouse; the next day, she discovers a feral boy of about 19 crouching in their yard. The boy's body temperature is 46 degrees Celsius, his blood type unidentifiable, and he can neither read nor speak. Even though he behaves like a wild beast, Suni's kindhearted mother adopts him and names him Chul-soo, assuming he's one of more than 60,000 children orphaned in the Korean War.
At first Suni considers him a nuisance, but eventually has fun taming him according to a dog-training manual. She teaches him how to wait patiently before a meal, how to wear clothes, how to speak, how to write and other human behavior so that he could one day live like a normal man. Chul-soo demonstrates unswerving loyalty and superhuman brawn, thus inspiring the envy of Ji-tae, who lusts after Suni.
As Suni attempts to "civilize" the beast, the two eventually become very close. Suni opens her heart to Chul-soo, and he in turn falls in love with her, the only person to ever show him affection. But their relationship is fraught with difficulties, as Ji-tae begins to cause trouble. Feeling threatened, Chul-soo lets loose his bestial instincts, and in their fear the town villagers turn on him. In order to save the life of the boy who risked his to be by her side, Suni leaves him with a promise: "Wait for me. I’ll come back for you."
MY REVIEW
Bagi Eyka ..permulaan cerita ni agak slow . Tapi di pertengahan cerita, bila Suni jumpa Chul-Soo dh start progressing . Eyka suka tengok Park Bo Young dan Song Joong Ki berlakon .. serasi sangat. hehe. Tapi kalau memanjang je cerita ni asyik sweet je pun tak boleh jugak kan ? haruslah ada si antagonist yang cuba untuk menyibuk . Sangat2 tak suka dengan Ji-Tae , anak orang kaya yang sangat suka berlagak . Part scene yang Eyka most memorable ialah waktu Suni suruh Chul-Soo tu lari , sangat la meruntun jiwa dan perasaan Eyka masa tu . Eyka macam .. "WHY ? Why they should be separated ? Oh nooo~" dan confirm la Eyka menangis (masa first time je yang menangis , bila dh berulang kali tengok tu . Air mata memang tak meleleh keluar dh)
Ending cerita ni so far okay je bagi Eyka .. sebab ape Eyka cakap okay je ? sebab Suni tinggalkan Chul-Soo macam tu je sorang2 dekat kampung tu. Atleast , kenalkan je la dekat cucu dia tu ke atau bawa sekali Chul-Soo tu balik Amerika Syarikat, apa susah ?
So~~ Eyka bagi 4.5 bintang dari 5 bintang untuk cerita A Werewolf Boy ni .
AL-FATIHAH (KHALISHA ADRIANA)
Thursday, 13 February 2014 
Short entries for today .
AL-FATIHAH BUAT KHALISHA ADRIANA BT MOHAMAD FADIL .
Hari ni genap 2 tahun usia arwah meninggalkan kami dan juga bonda dan ayahnya.
Copyright ©.Layout by:Evangelista. All right reserved 2011-infinity.